Sunday, 10 July 2011

Kuala Perlis-Lokasi Unik

Kuala perlis merupakan pekan atau mukim yang terletak di negeri perlis. Ia merupakan pekan yang amat penting bagi negeri Perlis. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu jalan perhubungan dan perdagangan penting diantara dua buah negara ia itu Malaysia dan Thailand. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Kuala Perlis merupakan laluan penting Perdagangan antara Malaysia dan Thailand melalui jalan laut. Disamping itu Kuala Perlis merupakan lokasi penting bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Langkawi.
Kebanyakan penduduk kuala perlis bergantung hidup sebagai nelayan. Selain itu terdapat jugak penduduk kuala Perlis yang bergantung hidup melalui pertanian, perdagangan, perlancongan, perindustrian kecil dan sederhana dan lain-lain lagi. Hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, ketam kerang, siputdan lain-lain diekspot ke negeri-negeri lain bagi menyumbangkan sumber makanan untuk seluruh Malaysia. Dipesisiran pantai antara Kuala Perlis dan Sungai bharu, kita dapat melihat penduduk setempat membuka gerai menjual hasil laut yang dibuat belacan. Belacan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk setempat amat berkualiti tinggi dan rasanya sedap dan segar. Disamping itu pelancong luar dapat melihat sendiri bagaimana belcan dihasilkan yang asalnya dari udang kecil melalui cara tradisional dan moden.
Persatuan Nelayan Kuala Perlis merupakan organisasi yang dibawah kelolaaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertujuan untuk membantu para nelayan dalam hal berkaitan pembayaran, penyeliaan, perlesenan dan hal-hal berkaitan ekonomi setempat.
Jeti Kuala Perlis merupakan Terminal feri ke Langkawi. Jaraknya hanya 30 hingga 45 minit untuk ke Langkawi melalui jalan laut yang manaperjalannya lebih dekat berbanding dengan Terminal feri Kuala Kedah. Perjalanan feri bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 7 malam untuk hari-hari biasa. Bagi musim cuti, waktu jadual perjalanan dilewatkan bagi memnuhi kehendak pelancong yang hendak berkunjung ke Pulau Langkawi.
Disekitar kawasan kuala perlis terdapat medan selera ikan bakar yang menyajikan pelbagai juadah hasil tangkapan laut. Medan selera ikan bakar yang terletek berhampiran dengan laman Brasmana dan jeti Kuala Perlis menyediakan sajian yang enak dengan harga yang berpatutan. Disamping itu pengunjung boleh menikmati pemandangan indah tepi pantai, laut yang tenang dan terbentang luas serta pulau langkawi. Masakan yang enak ditambah dengan Keindahan permandanganserta harga yang berpatutan menjadi tumpuan pengemar masakan laut untuk mengunjugi medan selera ikan bakar kuala perlis.
Hospitality
 Pelancong-Pelancong yang datang berkunjung ke Kuala Perlis tidak perlu risau dengan tempat tinggal kerana terdapat pelbagai kemudahan penginapan dari motel kecil hingga ke hotel bertaraf 3 bintang.







No comments:

Post a Comment