Friday 15 July 2011

Galeri Gambar panorama Kehijauan Hutan Lipur Bukit Kubu






                                             

Kehijauan Hutan Lipur Bukit Kubu disamping tasik dan sungai dihadapan menjadikan ia sebagai tempat yang penuh ketenangan. Pelbagai kemudahan kerusi rehat, jambatan, laluan reflexsologi dan termasuklah kawasan lapang bagi pengunjung beriadah 


                             
Hutan Lipur Bukit Kubu dipenuhi dengan Gua-gua yang indah dan menakjubkan.    
             

                            

                                
Laluan merentasi hutan yang dibuat memenuhi aspek keselamatan bagi memudahkan pengujung melakukan aktiviti berjogging melihat pemandangan, merentas hutan dan mendaki bukit


                               
                          

Pondok yang dibina bagi pengunjung beristirehat dan memerhatikan pemandangan yang indah

                        

                              
Hasil kreatif dan imiginasi yang tinggi, Batu yang terletak diatas Bukit Kubu dimiripkan menjadi haiwan dan sedikit perubahan





Hutan Lipur Bukit Kubu

 
Hutan Lipur Bukit kubu mula diberi perhatian penuh oleh kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1992. Bermula dari Bukit Papan sehingga keluasan 183.70 hektar persegi,  ia telah diwartakan sebagai hutan simpanan. Dengan keluasan 12 hektar. Kini  Hutan Lipur Bukit Kubu telah pun dibangunkan untuk pengujung-pengunjung dengan pelbagai kemudahan dan insfrastrutur.
Keunikan Hutan Lipur Bukit kubu ialah ketinggiannya yang mencapai 150 hingga 200 meter dari aras laut dimana terdapat tempat untuk melihat permandangan sejauh mata memandang disediakan.  Disamping itu, terdapt gua semulajadi seperti Gua Ikan dan Gua Harimau yang mana dipintu masuk setiap gua tersebut tedapat beberapa kolam semulajadi yang sangat besar.



Dengan ketinggian Hutan Lipur Bukit kubu, pengujung dapat melihat seluruh Pekan Kuala Perlis sehingga kelaut dan Pulau Langkawi. Disamping itu, pengujung dapat melihat pelbagai flora dan founayang saling mengimbagi ekosistem alam. Ditengah-tengah Hutan Lipur Bukit kubu terdapt sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasek Putri Kayang yang bekeluasan 2 hektar. Hutan Lipur Bukit kubu sangat sesuai bagi pungunjung yang suka akan aktiviti riadah seperti bersenam, berjogging, meneroka gua-gua semulajadi  dan juga medaki gunung
Terdapat pelbagai kemudahan telah pun disediakan untuk pengujung seperti tandas, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, trek reflexsology, laluan hutan, pondok istirehat, tempat melihat permandangan dan tempat meletak kereta. Segala kemudahan-kemudahan tersebut dijaga oleh kerajaan bagi mengelakan aktiviti-aktiviti vandalisma. Ini menunjukan bahawa Kerajaan Negeri Perlis amat memandang serius terhadap mereka-mereka yang melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab
 Hutan Lipur Bukit kubu terletak didalam kawasan Kuala Perlis dan jaraknya hanya 1 kilometer dari Pekan Kuala Perlis. Bagi pelancong yang hendak berkunjumg ke Pulau Langkawi, bolehlah singgah sebentar di Hutan Lipur Bukit kubu bagi menikmati keindahan alam kerana jaraknya Cuma 3 kilometer dari Terminal Feri Kuala Perlis-Langkawi. Untuk sampai ke Hutan lipur Bukt Kubu, Pengujung boleh juga mengunakan kenderaan awam yang disediakan.   


Sunday 10 July 2011

Galeri Gambar Panorama Keunikan Kuala Perlis

              


 Sungai Kuala Perlis yang menjadi pintu masuk bagi laluan perdagangan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand melalui jalan laut yang mana aktiviti  telah pun dijalankan  beratus tahun dahulu hingga 




                           
                                
Keindahan Pulau Brasmana yang terletak berhadapan pintu masuk Kuala Perlis diwaktu matahari terbenam. Ia menjadi insparasi wujudnya nama Laman Brasmana dan Hotel Putra Brasmana 





Sebagai Perkampungan Nelayan, Kuala Perlis sibuk dengan aktiviti yang bekaitan dengan perikanan. Dari kapal yang besar sehingga perahu yang kecil, hasil tankapan laut menjadi rezeki penduduk setempat bagi mencari sesuap nasi






Kuala Perlis-Lokasi Unik

Kuala perlis merupakan pekan atau mukim yang terletak di negeri perlis. Ia merupakan pekan yang amat penting bagi negeri Perlis. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu jalan perhubungan dan perdagangan penting diantara dua buah negara ia itu Malaysia dan Thailand. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa Kuala Perlis merupakan laluan penting Perdagangan antara Malaysia dan Thailand melalui jalan laut. Disamping itu Kuala Perlis merupakan lokasi penting bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Langkawi.
Kebanyakan penduduk kuala perlis bergantung hidup sebagai nelayan. Selain itu terdapat jugak penduduk kuala Perlis yang bergantung hidup melalui pertanian, perdagangan, perlancongan, perindustrian kecil dan sederhana dan lain-lain lagi. Hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, ketam kerang, siputdan lain-lain diekspot ke negeri-negeri lain bagi menyumbangkan sumber makanan untuk seluruh Malaysia. Dipesisiran pantai antara Kuala Perlis dan Sungai bharu, kita dapat melihat penduduk setempat membuka gerai menjual hasil laut yang dibuat belacan. Belacan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk setempat amat berkualiti tinggi dan rasanya sedap dan segar. Disamping itu pelancong luar dapat melihat sendiri bagaimana belcan dihasilkan yang asalnya dari udang kecil melalui cara tradisional dan moden.
Persatuan Nelayan Kuala Perlis merupakan organisasi yang dibawah kelolaaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertujuan untuk membantu para nelayan dalam hal berkaitan pembayaran, penyeliaan, perlesenan dan hal-hal berkaitan ekonomi setempat.
Jeti Kuala Perlis merupakan Terminal feri ke Langkawi. Jaraknya hanya 30 hingga 45 minit untuk ke Langkawi melalui jalan laut yang manaperjalannya lebih dekat berbanding dengan Terminal feri Kuala Kedah. Perjalanan feri bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 7 malam untuk hari-hari biasa. Bagi musim cuti, waktu jadual perjalanan dilewatkan bagi memnuhi kehendak pelancong yang hendak berkunjung ke Pulau Langkawi.
Disekitar kawasan kuala perlis terdapat medan selera ikan bakar yang menyajikan pelbagai juadah hasil tangkapan laut. Medan selera ikan bakar yang terletek berhampiran dengan laman Brasmana dan jeti Kuala Perlis menyediakan sajian yang enak dengan harga yang berpatutan. Disamping itu pengunjung boleh menikmati pemandangan indah tepi pantai, laut yang tenang dan terbentang luas serta pulau langkawi. Masakan yang enak ditambah dengan Keindahan permandanganserta harga yang berpatutan menjadi tumpuan pengemar masakan laut untuk mengunjugi medan selera ikan bakar kuala perlis.
Hospitality
 Pelancong-Pelancong yang datang berkunjung ke Kuala Perlis tidak perlu risau dengan tempat tinggal kerana terdapat pelbagai kemudahan penginapan dari motel kecil hingga ke hotel bertaraf 3 bintang.