Thursday, 30 June 2011

Muzium Kota Kayang

Terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Bayaran Masuk                      TEL 
Percuma                               04-977 0027
Muzium  Kota Kayang juga telah dibina di Kuala Perlis. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke–16.  Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga terdapat di sini.Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana Makam  Al-Marhum Kayang
 
Kota Indera kayangan
Kota ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan kedah ke 15 iaitu  Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I yang memerintah antara tahun 1661-1687.  Pembinaan kota ini siap pada 8 Safar 1075 hijrah lengkap dengan istana dan balai penghadapan serta diberi nama kota Indera Kayangan. Kota ini dibina di kawasan  yang dikelilingi bukit-bukit terdiri dari Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Tok Poh, Bukit Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit, Bukit Lagi dan Gunung medan.  Kota ini mempunyai jalan perhubungan dengan laut melalui Sungai Raja yang digali tembus ke Sungai Perlis.Pada masa ini pertama kali satu sistem pengairan yang dibina telah diwujudkan di Negeri Perlis.  Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I mangkat pada 1688 dan dimakamkan di Kota Indera Kayangan dan dikenali dengan gelaran Al-Marhum Kayang Pertama. Sultan Dhiauddin Mukkaram Shah II iaitu Raja yang memerintah Kayang dan Setol pernah bersemayam di Kota ini.  Baginda Mangkat pada tahun 1816 dan dimakamkan diLanggar Kayang dengan gelaran Al-Marhum Kayang Kedua. Baginda memerintah Kedah antara tahun 1797-1804.  Pada tahun 1999 sebuah Kompleks Sejarah telah didirikan di sini dan telah dinamnakn Muzium Sejarah Kota Kayang.
Makam Marhum Kayang Pertama
Al-Marhum Kayang atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah ( 1661-1687) Sultan Kedah ke 15 yang membangun Kota Indera Kayangan sebagai pesat pemerintahan Negeri Kedah.  BagindaMenggantikan Sultan Muhyiddin Syah atau Al-marhum Sena (1653-1661) yang bersemayam di Kota Sena berhampiran bandar kangar.
Beberapa aspek kemajuan telah diperkenalkan di Negeri Kedah semasa
1.       Pengenalan Mata wang berbentuk 8 segi yang diperbuat daripada campuran perak dan tembaga
2.       Pengenalan undang-undang baru bagi Negeri Kedah yang dinamakan” Undang-Undang Kedah” Mengandungi 16 perkara
3.       Pembinaan tali air yang dikorek menggunkan tenaga manusia bermula dari tebing selatan sungai Perlis hingga ke Anank Bukit, diKedah.
4.       Bermula hubungan luar Kedah dengan pihak berekuasa Bugis di Makasar
Disebelah Makam Al-Marhum Kayang Pertama ialah makam menantu baginda seorangPutera Raja Bugis bernama Juang Tawa


                                       

                          

                    

                              










1 comment:

  1. tahniah atas info, dan saya juga ada info tentang perlis, melalui blog saya

    http://ceritaperlis.blogspot.com/2013/12/muzium-kota-kayang-kaya-bahan-sejarah.html

    ReplyDelete