Data Asas Mengenai Perlis

Jumlah Penduduk
Dengan keluasan sebanyak 810 km persegi / 81,713.90 hektar perlis merupakan negeri yang ke-13 terbesar di Malaysia. Pada tahun 2010, Perlis memiliki penduduk seramai 245,636 orang yang mempunyai  anggaran kepadatan penduduk sebanyak 307 orang/km persegi. Manakala populasi pertumbuhan punduduk sebanyak 2.04%. Dari segi pembahagian kaum, majoriti rakyat perlis berbangsa Melayu dengan jumlah seramai 207,637 orang dan diikuti oleh kaum Cina sebanyak 22,898 orang. Manakala kaum India pula sebanyak 2,949 orang seterusnya lain-lain kaum termasuk siam  sebanyak 7,198 orang. Selebihnya pula adalah bukan warganegara.
Keluaran Dalam Negeri Kasar
Pada tahun 2009, keluaran dalam negeri  kasar (KDNK) bagi negeri Perlis pada harga malar ialah sebayak RM2.8 billion bersamaan KDNK per kapita iaitu sebanyak RM14,457. Menerusi beberapa sektor, perkhidmatan  mencatatkan KDNK yang tertinggi iaitu serbanyak RM 1626 juta. Manakala bagi sektor pertanian, perhutanan dan perikanan sebanyak RM752 juta. Dalam sektor pembuatan pula, KDNK mencatatkan perolehan sebanyak RM271 juta. Manakala pembinaan dan perlombongan masing-masing RM60 juta dan 15 juta.
Tenaga kerja
Negeri perlis memiliki jumlah tenaga kerja seramai 81,500 orang pada tahun 2010. Seperti juga Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor perkhidmatan memilki jumlah tenaga kerja yang tertinggi  berbanding dengan sektor-sektor lain iaitu sebanyak 51,400 orang. Seterusnya diikuti dengan sektor perindustrian yang memiliki tenaga kerja sebanyak 17,000 orang. Bagi sektor pertanian pula jumlah tenanga kerja ialah sebanyak 11,900 orang. Manakala lain-lain sektor ialah sebanyak 1200 orang.   
Perbelanjaan menguruskan dan membangunkan Kerajaan Negeri  
Pada tahun 2010, perolehan hasil  kerajaan Negeri Perlis iaitu sebanyak  RM 116,489,421.98. Daripada perolehan hasil tersebut, sebanyak RM109,210,954.16 telah dibelanjakan dalam menguruskan kerajaan Negeri Perlis. Lebihan dari perbelanjaan tersebut ialah 7,278,467.82. Berbanding pada tahun 2000, hasil negeri ialah sebanyak 50,744,417.78. Perbelanjaan menguruskan kerajaan Negeri ialah sebanyak 64,170,269.84.  Defisit dari perbelanjaan tersebut ialah sebanyak 13,488,849.88. pada 2010 dan 2009, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM46,475,465.83 dan 60,543,500.37 untuk pembangunan