Wang kelian
merupakan pintu masuk antarabangsa diantara Malaysia dan Thailand. Wang kelian
terletak didalam negeri perlis manakala bersempadan dengannya ialah wang
prachan yang terletak didalam wilayah saturn ataupun lebih dikenali sebagai
“setui” bagi penduduk disebelah utara Malaysia. Maka tidak hairanlah jika
terdapat pelbagai barang-barang hiasan keperluan, permainan, Kraftangan,
Makanan, pinggan mangkuk, aksesori hiasan, pakaian dan lain-lain lagi dijual di
wang kelian. Apa yang menarik tentang wang kelian ialah pasar ahadnya yang
bersambung diantara Wang Kelian dan Wang prachan. Pasar ataupun lebih dikenali
sebagai ‘Nat” bagi penduduk setempat menjadi tumpuan pelancong dianatara
kedua-dua negara. Pelbagai barang dujual dengan harga yang begitu murah
berbanding ditempat-tempat lain di Malaysia. Disini pungunjung boleh membeli degan
harga yang amat berpatutan dan juga boleh tawar-menawar. Pengunjung kedua-dua
negara dibenarkan berjalan kaki masuk
kenagara jiran sejauh 2 kilometer untuk membeli barangan. Walaubagaimanapun
pengujung yang memasuki negara jiran akan diperiksa oleh imgeresen dan pihak
berkuasa yang lain bagi menjamin
keselamatan dan mengelakan aktiviti penyeludupan
Walaupun untuk sampai ke Wang
Kelian terpaksa melalui jalan yang berliku, terpencil dan mendaki bukit, tetapi
apabila tiba di Wang kelian pengunjung akan merpesona dengan kemeriahan Nat
wang kelian.
Bagi mengalakan aktiviti
perlancongan, kerajaan negeri Perlis telahpun mengantikan deretan kedai kayu
dengan deretan sebanyak 140 unit ruang niaga. Pebagai kemudahan lain turut disediakan
seperti surau tandas dan juga parking. Ia jugak lebih dikenali sebagai Arked
Niaga Wang Kelian. Ruang Niaga tersebut hanya disediakan untuk rakyat tempatan
berniaga.