Friday 15 July 2011

Hutan Lipur Bukit Kubu

 
Hutan Lipur Bukit kubu mula diberi perhatian penuh oleh kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1992. Bermula dari Bukit Papan sehingga keluasan 183.70 hektar persegi,  ia telah diwartakan sebagai hutan simpanan. Dengan keluasan 12 hektar. Kini  Hutan Lipur Bukit Kubu telah pun dibangunkan untuk pengujung-pengunjung dengan pelbagai kemudahan dan insfrastrutur.
Keunikan Hutan Lipur Bukit kubu ialah ketinggiannya yang mencapai 150 hingga 200 meter dari aras laut dimana terdapat tempat untuk melihat permandangan sejauh mata memandang disediakan.  Disamping itu, terdapt gua semulajadi seperti Gua Ikan dan Gua Harimau yang mana dipintu masuk setiap gua tersebut tedapat beberapa kolam semulajadi yang sangat besar.



Dengan ketinggian Hutan Lipur Bukit kubu, pengujung dapat melihat seluruh Pekan Kuala Perlis sehingga kelaut dan Pulau Langkawi. Disamping itu, pengujung dapat melihat pelbagai flora dan founayang saling mengimbagi ekosistem alam. Ditengah-tengah Hutan Lipur Bukit kubu terdapt sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasek Putri Kayang yang bekeluasan 2 hektar. Hutan Lipur Bukit kubu sangat sesuai bagi pungunjung yang suka akan aktiviti riadah seperti bersenam, berjogging, meneroka gua-gua semulajadi  dan juga medaki gunung
Terdapat pelbagai kemudahan telah pun disediakan untuk pengujung seperti tandas, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, trek reflexsology, laluan hutan, pondok istirehat, tempat melihat permandangan dan tempat meletak kereta. Segala kemudahan-kemudahan tersebut dijaga oleh kerajaan bagi mengelakan aktiviti-aktiviti vandalisma. Ini menunjukan bahawa Kerajaan Negeri Perlis amat memandang serius terhadap mereka-mereka yang melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab
 Hutan Lipur Bukit kubu terletak didalam kawasan Kuala Perlis dan jaraknya hanya 1 kilometer dari Pekan Kuala Perlis. Bagi pelancong yang hendak berkunjumg ke Pulau Langkawi, bolehlah singgah sebentar di Hutan Lipur Bukit kubu bagi menikmati keindahan alam kerana jaraknya Cuma 3 kilometer dari Terminal Feri Kuala Perlis-Langkawi. Untuk sampai ke Hutan lipur Bukt Kubu, Pengujung boleh juga mengunakan kenderaan awam yang disediakan.   


No comments:

Post a Comment