Pages

Tuesday, 4 October 2011

Nat Ahad Wang Kelian


Wang kelian merupakan pintu masuk antarabangsa diantara Malaysia dan Thailand. Wang kelian terletak didalam negeri perlis manakala bersempadan dengannya ialah wang prachan yang terletak didalam wilayah saturn ataupun lebih dikenali sebagai “setui” bagi penduduk disebelah utara Malaysia. Maka tidak hairanlah jika terdapat pelbagai barang-barang hiasan keperluan, permainan, Kraftangan, Makanan, pinggan mangkuk, aksesori hiasan, pakaian dan lain-lain lagi dijual di wang kelian. Apa yang menarik tentang wang kelian ialah pasar ahadnya yang bersambung diantara Wang Kelian dan Wang prachan. Pasar ataupun lebih dikenali sebagai ‘Nat” bagi penduduk setempat menjadi tumpuan pelancong dianatara kedua-dua negara. Pelbagai barang dujual dengan harga yang begitu murah berbanding ditempat-tempat lain di Malaysia. Disini pungunjung boleh membeli degan harga yang amat berpatutan dan juga boleh tawar-menawar. Pengunjung kedua-dua negara dibenarkan berjalan kaki  masuk kenagara jiran sejauh 2 kilometer untuk membeli barangan. Walaubagaimanapun pengujung yang memasuki negara jiran akan diperiksa oleh imgeresen dan pihak berkuasa yang lain  bagi menjamin keselamatan dan mengelakan aktiviti penyeludupan
Walaupun untuk sampai ke Wang Kelian terpaksa melalui jalan yang berliku, terpencil dan mendaki bukit, tetapi apabila tiba di Wang kelian pengunjung akan merpesona dengan kemeriahan Nat wang kelian.
Bagi mengalakan aktiviti perlancongan, kerajaan negeri Perlis telahpun mengantikan deretan kedai kayu dengan deretan sebanyak 140 unit ruang  niaga. Pebagai kemudahan lain turut disediakan seperti surau tandas dan juga parking. Ia jugak lebih dikenali sebagai Arked Niaga Wang Kelian. Ruang Niaga tersebut hanya disediakan untuk rakyat tempatan berniaga.

No comments:

Post a Comment