Pages

Kangar



Bukan sahaja sebagai ibu negeri Perlis, Kangar juga merupakan pusat pentadbiran bagi Kerajaan negeri Perlis . mempunyai penduduk melebihi 55 000 orang, Kangar menjadi pusat perdagangan utama sejak berabad yang lalu yang menjadikan Bandar kangar dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang padat. Terdapat 5 mukim yang teletak didalam kawasan kangar iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Sena menjadi pusat pentadbiran  dan memnerima jolokan sebagai “uptown Sena”
Menurut sejarah, Kangar dibuka oleh Tok paduka pada tahun 1653. Beliau merupakan orang besar pada zaman pemerintahan kerajaan  kedah iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Syah (1652-1661). Pada ketika itu terdapat Pohon Kangar di Sungai Perlis dan dinamakan tempat itu sebagai Pelabuhan Pohon Kangar. Perlabuhan ini menjadi tempat berlabuhnya tongkang yang bersar dan perahu yang kecil untuk tujuan perdagangan. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis. namun terdapat juga andaian dari penduduk asal yang mengatakan terdapt banyak burung helang kangor berterbangan pada masa itu menyebabkan nama Kangar diambil dari bunyi burung tersebut.
Setelah jalan darat dibina dan pengangkut  darat bertasmbah canggih, perlabuhan pohon kangar menjadi berkurangan. Setelah 350 tahunberlalu,, perlabuhan pohon kangar telah hilang ditelan dek zaman,  kangar menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan yang penting.
Kini Kangar telah berubah wajah dengan pembangunan yang pesat serta insfrastrutur dan dan bangunan yang lama digantikan dengan yang baru. Walaubagaimanapun, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain itu, bangunan-bangunan lain seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Masjid Alwi,Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Di samping pembangunan yang pesat ini, Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah Bandar Kangar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti Kayangan Square, Medan Kangar, dan Medan Kangar Ria. Sebelum Medan Kangar dibina, tapak tersebut adalah merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis, stesen bas. Pejabat Majlis Perbandaran Kangar juga terletak di tengah-tengah Bandar Kangar.Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena peristiwa bersejarah seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.
Justeru itu, tidak hairanlah jika kita menemui beberapa buah kota di negeri Perlis ini dan di antarannya ialah Kota Sena yang terdapat di Bandar Kangar. Hakikat sebenarnya, Bandar Kangar turut menyimpan pelbagai khazanah warisan seni bina yang kian dilupakan oleh sebab ketiadaan penyimpanan bahan-bahan artifak sejarah yang sempurna di negeri ini pada suatu ketika dahulu.


                             
Gambar pemandangan Bandar Kangar  yang diambil dari atas bangunan Tun Haji Abdul Razak